BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

kesetiaan

mya farish

My photo
hidup perlukan perubahan..manusia perlukan sayang,cinta dan kasih..takdir tuhan penentu jalan kehidupan

Jul 24, 2009

r i n d u k a m u



R I N D U..
.
satu perasaan yang perit
jiwa terseksa kala rindu bertamu
hati merontaronta untuk mendengar suara kamu
untuk melihat wajah redup itu yang bisa membuat hati ini merintih tatkala kamu tiada disisi
hati sentiasa ingin merindu
rindu itu satu kesakitan
rindu itu bagai satu kemestian
kerana rindu sayang datang menjenguk
kerana rindu cinta berputik
kerana rindu kasih tercipta
semua kerana rindu

R I N D U
ingin sekali bersama dirimu
hati sgt rindu
memori indah datang menyapa aku
saat bersama kamu saat terindah walau sebentar cuma
terasa sgt bahagia...bagaikan kamu aku yang punya tika itu
bukan kamu milik dirinya...walau sebentar cuma
hati ku berbunga ria...sgt merindui kamu disisi aku
bila bersama kamu terasa diri ini sangat dihargai
diri ku terasa sangat selamat tika kamu di sisi aku
seakan kamu mencurahkan sepenuh kasih dan perhatian kepada ku
sangat bahagia ku rase
aku sedar siapa aku kepada kamu
aku bukan wanita yang kamu sayang, cinta, dan kasih setulus hati kamu
kamu datang bertamu dalam hidup aku hanya sebentar
tapi sudah cukup membuat hati aku cukup gembira

R I N D U
ingin aku hembuskan rindu itu dalam jiwa kamu
sematkan rindu itu di hati kamu
agar kamu merasakan apa yang aku rasa
akan aku pohon padaNYA supaya kamu merasakan ia juga
rindu itu kadang kala membahagiakan
tetapi ia juga boleh menjadi sangat menyakitkan
kurnia DIA itu sangat unik
kita tidak melihatnya, tapi kita boleh merasakannya
r i n d u k a m u




airmata menemani aku
bila mana tulisan ini aku coret buat kamu
terima kasih untuk segalanya
aku sangat rindu

0 meronggeng: